|
Luna yang juga model ternama merupakan teman wanita Ariel ketika ini manakala Cut pula adalah bekas teman wanita penyanyi itu. Media Indonesia turut membuat pelbagai spekulasi dengan mengatakan Ariel bukan sahaja bermain seks dengan wanita, tetapi juga bersama-sama beberapa lelaki di ranjang dan ia turut dirakamkan. Tetapi sehingga berita ini ditulis, polis Indonesia tidak membuat sebarang penjelasan lanjut mengenai pembabitan kekasih ‘lelaki’ Ariel itu. Sebelum ini pun, nama Ariel sudah dipandang serong dan dilabel lelaki kasanova apabila menikah dengan Sarah Amalia selepas wanita itu mengandung. Bersama Sarah, dia dikurniakan seorang anak perempuan sebelum bercerai pada 27 Mei 2008. Berbalik kepada kes video lucah, Ariel bukan sahaja perlu menanggung malu malah berdepan dengan kecaman hebat daripada seluruh masyarakat negara itu. Apatah lagi dengan status Indonesia sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia, Ariel tidak perlu menunggu lama apabila sebaik sahaja dia ditahan, lebih 1,000 umat Islam melakukan perarakan di tengah Jakarta yang menuntut selebriti tempatan itu dihukum rejam. Sambil melaungkan takbir, mereka yang dikenali anggota dan penyokong parti politik, Hizbut Tahrir turut menaikkan bendera dan sepanduk menggesa Ariel ditahan kerana berzina. Rumah keluarga Ariel di Bandung juga digeledah pihak polis, dan ahli keluarganya juga menanggung malu tidak terhitung sehingga tidak mampu menjalankan urusan kehidupan seperti biasa selepas skandal seks itu disahkan pihak berkuasa. Itulah impak maksimum yang mula diterima anak bongsu daripada tiga beradik. Ariel kini terus menerima cemuhan kerana skandal seksnya itu. Sesuatu yang tidak boleh dielakkan apabila karier Ariel menghampiri jalan penamat kerana jika didapati bersalah, hukuman penjara 12 tahun menanti penyanyi yang pernah membuaikan perasaan peminat dengan lagu popular, Ada Apa Denganmu dan Mungkin Nanti. Bagaimanapun Ariel mendapat dukungan penuh kekasihnya, Luna Maya yang sempat menulis dilaman sosialnya bahawa “I still love you Nazril Izham,”. teks dari utusan |
Labels:








huhu..
drang tuh memang la..
wat malu jer Indonesia..:p